SARAWAK PERIHATIN
Ahad, 28 Ogos 2011
PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSAN PRIHATIN SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (PPM/SEL 1031-11)
PERSATUAN KEBAJIKAN INSAN PRIHATIN SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (1013-11-SEL) telah ditubuhkan pada 4hb. Mac 2011 dan telah berkembang maju di seluruh Semenanjung Malaysia
(iaitu :
Wilayah Persekutuan - Pengerusi : Tuan Shaikh Hussin Bin Shaik Mahamud,
Selangor - Pengerusi: Tuan Hashim Bin Said,
Kedah-Pengerusi:Tuan Shaari Bin Awang,
Melaka-Pengerusi:Tuan Abdul Manan Bin Hassan,
Negeri Sembilan-Pengerusi:Tuan Mustafa Bin Mohtar,
Perak-Pengerusi:Dato' Mohamad Bin Salleh,
Johor-Pengerusi:YM Ungku Sulaiman Bin Ungku Aziz,
Terengganu-Pengerusi:Dato Mohara Binti Mohamed,
Perlis-Pengerusi:Tuan Zamberi Bin Abdul Rahman)
dan sekarang mengembangkan sayap persatuan ke Negeri Sarawak di atas pimpinan Yg. Bhg. Tuan Fadil Bin Saili selaku Pengerusi, atas perlantikan oleh Yg. Bhg. Dato' Zulkifli Bin Shaari (PRESIDEN INSAN PRIHATIN).
MATLAMAT INSAN PRIHATIN adalah seperti berikut :-
(a) Memupuk semangat dan perasaan kasih sayang bagi mewujudkan satu masyarakat yang bekerjasama, tolong-menolong dan saling menghormati sesama insan.
(b) Menjaga kebajikan ahli-ahli dan juga masyarakat yang memerlukan bantuan dan menjalankan aktiviti-aktiviti dari segi sukan, riadah, kebajikan dan lain-lain aktiviti untuk kebajikan bersama.
(c) Memberi sokongan moral sebagai sukarelawan dan sukarelawati kepada belia-belia remaja dalam membantu bencana alam, banjir dan sebagainya.
(d) Mengadakan kaunseling, ceramah dan seminar agar adapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan serta daya usaha inisiatif di dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.
Persatuan INSAN PRIHATIN juga menjadi Wadah bagi menyalurkan bantuan - bantuan daripada pihak -pihak yang berkaitan untuk masyarakat Malaysia khasnya golongan-golongan seperti Anak-Anak Yatim, Orang Kurang Upaya, Warga Emas, Fakir Miskin , Mualaf, Ibu Tunggal, Bapa Tunggal dan Anak Yatim.
Memperkenalkan INSAN PRIHATIN di seluruh Malaysia pada mata rakyat malaysia di dalam pelbagai sumber terutama Media Cetak dan pengetahuan orang ramai melalui 'EVENT'.
Mengerakkan golongan belia seperti remaja berganding bahu menyokong pelancaran INSAN PRIHATIN dan justeru itu dapat membentuk remaja agar prihatin kepada semua insan yang memerlukan bantuan kemanusiaan.
Mengadakan program-program yang melibatkan bersama insan yang memerlukan bantuan serta menganjurkan program-program yang sihat untuk remaja.
Mengajar remaja mendekati masyarakat supaya menanam sifat prihatin dan menghindarkan sikap remaja yang pentingkan diri sendiri terhadap insan yang kurang upaya.
Menjadikan INSAN PRIHATIN sebagai ikon kepada masyarakat umum bagi membentuk insan yang berkualiti dan bertamadun.
MISI - MEMARTABATKAN KEHIDUPAN DENGAN SIKAP PRIHATIN
VISI - MENJADIKAN KERUKUNAN HIDUP YANG MEMENTINGKAN PERTOLONGAN DAN KERJASAMA SESAMA INSAN
MOTTO - JIWA PRIHATIN HIDUP MEMBANTU
Langgan:
Catatan (Atom)


